Powered By Blogger

Saturday 20 January 2018

2243

Hafal al quran sebab 50% daripada silibus sekolah adalah subjek al quran.

Mengulang al quran sampai masyi sebab setiap tahun ada exam dan target memang nak capai mumtaz dan nak jadi pelajar terbaik dan paling masyi di sekolah.

Berjaya khatam al quran 30 juzuk dalam masa lima tahun. Kalau tak, macam mana nak pergi hari graduan tahun depan? Macam mana nak dapat tokoh hafalan kalau tak khatam dan tak masyi?

Selepas lima tahun, hafalan al quran makin terabai. Minat dengan ulum al quran yang lain seperti ilmu tafsir, bayan al quran dan sebagainya. Lebih fokus kepada memahami al quran untuk diamalkan dalam kehidupan seharian sebab itulah tujuan al quran diturunkan kepada kita, iaitu sebagai hidayah dan petunjuk. Maka, kita perlu memahaminya itu menjalani kehidupan di dunia yang mana merupakan tempat persinggahan ke destinasi sebenar kita yang kekal lama.

Empat tahun berlalu, tafsir al quran entah ke mana, tadabbur al quran juga entah ke mana. Hafalan sudah lama sekali ditinggalkan. Mushaf al quran pun kadangkala tak tahu di mana letaknya. Tahu tahu saja bila terjumpa mushafnya sudah berhabuk, ditinggalkan lama oleh pemiliknya, tidak dibuka buat sekian waktunya.

Makin lama makin jauh dari al quran. Mungkin yang sering dikagumi hanyalah surah al fatihah yang dibacakan dalam solat. Atau tiga qul yang dilazimi setiap kali selepas solat. Atau surah al mulk yang dibaca setiap kali selepas isyak. Hanya itu sahaja. Surah surah lain terasa ganjil di lidahnya setiap kali dibaca.

Seakan akan pertama kali surah ini dibaca. Seakan tak pernah dihafal dan ditasmik beberapa tahun yang lalu.

Lihat saja kehidupannya. Bukan lah makin bahagia pun bila dia makin menjauh dari jalan ini. Bukan kelihatan gembira pun bila dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pembawa al quran.

Mungkin dia terleka dan terlalai seketika. Mungkin dia terjatuh dalam lubang yang sempit, berseorangan dalam kegelapan tanpa pengetahuan sesiapa melainkan dirinya dan tuhannya.

Bantulah dia jika kau menjumpainya. Jangan biarkan dia kesendirian tinggal di dalam kegelapan. Tarik lah dia keluar dari kejahilan itu. Pimpin dia ke arah cahaya dan petunjuk ilahi.

2 comments:

  1. Awak antara orang yang kadang buat saya refleksi balik diri saya depan cermin. Thank you for knocking some sense in my head :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sudi baca :)

      Delete