Powered By Blogger

Friday 28 November 2014

2316

Hai here and there.
Sihat semua?
Tetibe rasa nak berinteraksi dengan insan di depan skrin.

Typing sambil ditemani parody terima kasih kat soundcloud.
Serius sedap suara dia.
Bergetar jantung aku dengar.
K over sangat pula.

Char kau okay ke?

Kenapa Mie?

Takdelah, aku tengok macam makin lagho je. Kau okay ke?

Heh. Kau nak perlu aku kepe ni?

Eh takdelah. Bukan perli. Tapi kau tetibe melagho ni mcam nak escape dari something. Kan biasanya macam tu?

Hm. You got me.

So? Kenapa? Tel me..

Entahlah. Sejak One Day Tea House tu aku macam dah lembik sikit lah. Lelagi aku dah lama tak contact ngan dia. Hm. Biasa kalau aku miserable sangat aku contact dia, terus okay. Nak berjalan, dah berjalan dah. Tapi awal awal tu je rasa okay, at the end, teruk je aku rasa.

Sampai bila kita nak salahkan situasi? Sampai bila nak salahkan bi'ah?

Aku bukan nak salahkan. Tapi sedikit sebanyak mempengaruhi juga. Tak ke?

Aku pun tak nafikan persekitaran boleh membentuk kita. Tapi siapa yang membentuk persekitaran ni kalau bukan kita? Kau faham kan?

Hm.

Jaga hubungan dengan Allah. Semua ni mesti relate dengan hubungan kita dengan Dia. Memang kalau something wrong somewhere tu start dari situlah. Amal ibadah kita. Solat. Tadarus. Puasa. Sedekah. Baca bahan ilmiah. Dengar input ilmiah. Zikir.

Patutlah rasa macam tak cukup vitamin. Patutlah rasa macam selalu hambar. Hm.

Kan? So, kau sendiri tahu nak buat apa lepas ni. Ingat. Ilmu itu milik Allah. Kalau nakkan ilmu, kena minta dekat Dia. Tak malu ke meminta kepada Dia, dalam masa yang sama hubungan kita dengan Dia tak terjaga?

Makan dalam tu weh. Tapi betul gak tu. Hamasah nak menuntut ilmu tu macam makin menurun lately.

Ini namanya hikmah di sebalik futur. Tak sedar sedar lagi?

Okay okay, fine. Thanks Mie. Hihi.

Ohye, hubungan dengan manusia pun kena jaga.

Hmm...

Muka tu senyum sikit, jangan nak cemberut sangat.

Hmm...

Apa hmm hmm?

Yelah. Aku dengar lah. Hekeleh. Syukron ya habibty.

Saturday 22 November 2014

2303

Biasanya bila orang lain bagi feedback, bukan kau makin active ke? Ni terus menggua ni kenapa?

Entahlah. Kalau tempat lain okay kut Mie. Tapi bukan kat sini. Aku tak suka. Serius.

Accidentally kan.. bukannya dia sengaja. Jangan lah emo sangat.

Itulah. Aku bukan nak emo kat dia, aku bengang dengan diri aku sendiri. Awatlah bijak sangat pi habaq kat orang lain. Duh.

Nak buat macam mana lagi Char. Benda dah nak jadi.

Aku tak pernah expect macam ni sebenarnya. Sebab tu aku tak suka. Rasa hidup macam galau pun ada. Hm.

Go on jelah. Tajdid niat.  Cuba buat comparation before and after. Kau lagi banyak dapat ke tak?

Even aku dapat banyak, banyak juga yang aku kena bagi sebenarnya.

Hey, mana ada benda percuma kat dunia ni. Nak succeed tu memanglah kena berkorban sikit.

Hm itulah, aku ni buat sikit aje pun dah rasa macam buat banyak sangat . Aku tak patut rasa macam tu, kan?

Yup. Bear in mind, setiap kali kita rasa susah, ada orang yang lagi susah daripada kita, dan dia managed to handle that. Kalau dia boleh, kenapa tidak kita?

......

Char dan Mie.
Best friend?
More than best friend.
Soulmate?
Haha.
Maybe.
Mie sentiasa ada untuk Char.
Char tak pernah lupakan Mie.
Sentiasa support satu sama lain.
Always soothing each other.
Char bahagia, Mie bahagia.
Char berduka, Mie datang memujuk.

______________________________

Entri kali ni macam pelik. Ke tak? Apa apa jelah. Aku takde mood nak update act. Tapi aku nak sangat typing, rasa macam aku abaikan nanti susah pulak. Kahkah. Memang biasanya bila ketahuan, mood tu terus hilang. Mungkin berhari hari. Mungkin berminggu minggu. Mungkin juga berbulan bulan. Bukan nak salahkan orang. Takde pihak yang bersalah dalam hal ni. Cuma mood tu biasa lah. Berubah ubah. Lately, selalu pening. Migrain kut. Plus dengan cuaca. Hey, janganlah stress. Stress boleh jatuh sakit, tahu? Jaga kesihatan sendiri. Jangan menyusahkan orang lain. Tak layah nak buat cerita klise, ada cancer, tak bagitau sesape except sorang bestfriend tu. Blerghh... stop it. Benci cerita cliche. True story ke tak, kisah apa aku. What a bold statement!

Tuesday 18 November 2014

Dear haters..

Dear haters,
Ada banyak lagi perkara yang awak boleh benci selain daripada manusia.
Kalau awak benci manusia sebab dia buat jahat, maka jangan dibenci orangnya, benci perbuatan dia sahaja.
Dan daripada awak benci benci orang ni, baik awak benci diri awak sendiri sebab awak dah luangkan masa dekat perkara yang tak berfaedah.
Hidup kita ni terlalu singkat untuk diisi dengan perkara yang tidak berfaedah.
Jangan sampai bila kita sedar masa kita dah tak lama kat dunia ni, baru nak menyesal sebab dulu tak sibukkan diri dengan perkara bermanfaat.
*pesanan untuk diri sendiri juga T.T

2334

Bismillah.
Lama rasanya tak melakar potret bisu ini.
Fuh muqaddimah -.-

Itu pun sebab tengah sakit hati, sebab tu mai sini,
Kadang datang idea, tapi time tu tengah study, nak solat lah, waktu peak hours semuanya, maka aku tak sempat nak draft isi.
Maafkan daku..

Aku tak suka orang arah arah aku buat kerja.
Aku rasa mereka tiada hak untuk memperlakukan aku sedemikian rupa.
Serius lah, aku rasa bukan aku sorang je yang macam tu kat dunia ni.
Something like...
Cha...basuh pinggan.

Cha...makanlah.

Cha..cepat buat itu.

Cha..cepat buat ni.

Cha..ambil itu.

Cha..ambil ini.

Andai tiada pada diriku secebis iman, dah lama aku layangkan pelempang sulung aku di bumi bertuah ni. Kau...

Aku tak suka orang buat benda yang aku tak suka, sebab aku takut nanti dia tak suka dengan reaksi aku bila dia buat macam tu kat aku. Faham?

Aku ni dah lah banyak pantang larangnya dalam berkawan.
Sebab tu aku berkawan dengan certain certain orang je.
Aku sangat memilih dalam berkawan.
Ya. Aku yang pilih.
Aku yang mencari kawan.
Klisenya, pertemuan itu Allah yang aturkan. Benar sekali, no doubt.

Jujurnya, kat sini, aku tak cari lagi orang untuk dijadikan kawan, dan aku tak nampak pun orang yang aku nak jadikan dia kawan aku, maybe sebab aku duduk dalam kelompok yang kecil, so pemikiran aku pun dah jadi sempit asyik jumpa orang yang sama. Bosan lebih tepat kut.

Tapi orang boleh pertikai siapalah aku ni nak berkawan dengan orang orang yang tertentu je, bajet gila, siapa kau?

Hm. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Sebab itu kawan aku, bukan kawan kau. Aku ada hak nak pilih walaupun aku belum 18 tahun lagi tau! Sebab kawan yang aku pilih ni, kawan yang Dia takdirkan aku untuk berjumpa dengannya ini, ialah insan insan yang bakal aku sayangi sepenuh hati.
Sungguh, aku sayang dengan sahabat sahabat aku.
Dan aku sangat memilih.
Selain daripada mereka, aku layan ala kadar je.
Ini cakap betul ni.

Even aku treat ala kadar, aku taknak benci diorang.
Aku sedar bab tu, takleh nak benci orang.
Menyampah tu sipi sipi je, bukan benci. Menyampah je.
Aku seboleh bolehnya taknak bermasam muka dengan orang.
Lelagi dengan orang yang aku selalu jumpa.
Sebab apa? Nanti serius life kau rasa macam neraka.
Selalu jumpa, tapi bermasam muka.
Buat apa?

Duduk sini, sabar aku banyak teruji.
Terpaksa ikut waqi' sini.
Nak tamayyuz tertamayyu'.
Memang musykilah kabirah.
Rasa nak nangis pun ada.

Salah satu remedy aku, study.
Bila study aku sampai terganggu dengan aktiviti diorang lagilah rasa macam, ya allah, aku salah buat pilihan ke pilih tempat ni?
Ha, kadang tu, sampai rasa macam tu.

Bayangkanlah, dah 2 bulan kat sini, kau jenis yang memain.
Semua benda nak dibuat main.
Satu hari, Allah titipkan kesedaran, nak berubah, nak jadi lebih baik, nak sebarkan aura positif kepada orang lain, berusaha nak positifkan inner side yang negatif, kau sedang berusaha, dan.....

Sheesh. Way too sheezzz.....

Ibaratnya tengah pegang obor yang marak nyalaan nya, lepas tu orang lain sengaja simbah simbah air sampai dah tak berapa nak marak dah obor tadi tu.

Aku tak suka orang yang tak faham bahasa.
Kadang aku dah bagitahu aku tak suka, lepas tu dia still buat lagi.
Kau dah kenapa?
Memang panas je lah dengan orang macam ni.
Nak bergurau tak kena tempat.
Lepas tu cakap aku serius sangat.
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Empangan ini..mohon jangan pecah lagi malam ni.
Aku nak study, aku nak baca buku.
Aku nak momen momen aku terisi dengan study, sementara aku masih lagi hidup sekarang ini.
Sebab mati itu boleh datang tiba tiba.
Dan kita takkan tahu bila tiba masanya.

Sedih aku dengan orang perangai macam ni.
Aku minta , tolong fahami aku.
Nak bergurau kasar dengan aku, aku terima lagi.
Tapi tolong jangan ganggu masa aku dengan buku.
Jangan ganggu masa study aku.
Jangan.
Tolong faham.

Aku rasa sebelum aku jumpa kawan yang bebetul kawan kat sini, buku je yang aku ada.
Kawan aku buku.
Buku kawan aku.

Sekarang dah pukul 10.30 malam.
Masa aku habis sebab nak uruskan perasaan aku yang dah tak terkawal ni semata mata.

Rugi tahu?



Friday 7 November 2014

1428

I should go to the reception, right after apa yang aku tahu, berjaya gagalkan aku nak merasa nasi minyak senior. Cis.

Nak jujur ke taknak?
Okay.

Fake.
Ada beza menjadi fake dengan anon.
Kalau fake, dia lelaki tapi mengaku dia perempuan.
Ataupun, dia sebenarnya lain, tapi dia mengaku jadi lain.
Itu fake.
Pengakuan dia lain dari realiti dia.

Anon pula.
Orang tatau dia siapa or apa.
Dia tak bagitahu orang dia siapa atau apa.
Dia boleh jadi macam lelaki, dan boleh jadi macam perempuan.
Tidak diketahui. Majhul.

Okay, apa masalahnya?
Masalahnya kat sini, bila dia mula libatkan dengan orang lain.
Yes. Dia libatkan dengan orang yang no fake no anon.
Tamvah tambah lagi, kau rapat pula dengan orang tu.
Masalah lain, bila tingkah laku dia mengiyakan tanggapan orang terhadap dia,.
Kamon, kita hidup kat dunia realiti.
And thats it, ini social life, bukan realiti.
So, tak pelik ada orang orang macam ni.
Mereka ada sebab mereka sendiri.

Yang aku tak faham : Kenapa sibuk nak tahu?
Kenapa?
Apa kaitanyya?
Takde kaitan kan?
So, lupakan boleh?
Yes, lupakan.
Buat macam takde apa yang jadi.

Aku insyaallah okay.
But you know, kalau melibatkan orang yang aku sayang, its hard to be okay.
Susah nak pretend like nothing happened.

Aku taknak benci kau.
Aku tahu kau sengaja buat aku marah, dan benci kau.
Aku asyik persoalkan kenapa kita boleh berjumpa.
Macam mana boleh jadi semua ni.
Aku tahu aku tak layak persoalkan semua ni.
Tapi, bukan ke lebih baik, kalau kita tak pernah berjumpa.
At least, aku tak perlu tahu semua ni.
Aku tak terlibat.
Aku takde kaitan.

Just..macam mana boleh jadi macam ni?

Didnt i just say i will be okay?

Aku risau kat dia.
Aku benci sebab orang macam kau ni sakitkan dia.
Aku sakit bila orang yang aku sayang sakit.
Bila aku tahu dia sakit, aku boleh sampai terlupa tentang sakit aku.
Too much sakit, huh?