Powered By Blogger

Monday 18 November 2019

2350

Ya Allah it's been a while. This app pun dah ada new interface, better than the previous one! 😍 Moga moga aku lebih rajin blogging la lepas ni sebab menyedapkan mata sangat ni. Last time aku tulis January tahun lepas lol 😂 dah macam macam sangat dah berlaku dalam hidup aku. Bercinta, break up, graduate, menganggur, dapat kerja, dapat first paycheck, first time memandu, apa lagi.

Aku sebenarnya makin hilang purpose of life. Rasa macam hidup aku ni just got with the flow. Benda apa yang aku dapat, aku jaaalan je. Malas fikir panjang panjang. Malas nak usaha lebih. Duit sikit, taknak cari kerja part time. Ha, aku berada pada fasa yang begitu sekarang ni. Tapi aku taknak lah berada kat sini lama lama. Aku nak berubah. I mean, setiap kali aku nampak ibu, aku rasa nak do the best for my mum, for myself. 

Adakah ini cinta? ♥️ Aku suka tengok kekuatan dan kesungguhan ibu. Ibu sekarang gigih pergi program program mengaji Al-Quran. Aku jadi segan dan rasa bersalah sikit pada masa yang sama. Aku boleh mengaji dengan baik tapi bila balik rumah takde pun nak ajak family mengaji sama sama. Takde pun nak ajak ibu ayah yang masih nak perbaiki bacaan. Anak jenis apa lah aku ni kan 😕 dari sudut ilmu pula mesti aku ni dalam golongan orang yang terkutuk sebab yelah dikira menyembunyikan ilmu kan? 

Selain daripada mengaji, ibu jugak sangat gigih dan kuat untuk menjahit baju. Bila fikir balik aku tak pernah tempah baju dengan orang lain, semua ibu yang buat. Buat aku terfikir dalam masa yang sama, satu hari nanti aku ni mampu ke jadi emak yang superb macam ibu ni? Semua benda ibu boleh buat. Dari kerja kerja yang feminine macam menjahit, memasak, menggubah, sampai lah kerja yang masculine kerja kerja luar rumah semua tu lah. Semua benda ibu power. Mana lah tak menjadi inspirasi.

Kesian dekat ibu sebab dapat anak yang malas dan tak berguna macam aku ni. Aku rasa dari situ lah kot aku rasa nak berubah. Rasa sayang sangat dekat ibu sampai nak lakukan something yang terbaik yang boleh buat ibu bangga dengan aku. Aku rasa all these years aku takde sumbang apa apa pun kat family. Aku pergi belajar je bertahun tahun. Tapi balik aku rasa cam jadi sampah, tak berguna. Masih tak dibuang sebab ada pertalian darah je rasanya 😂.

So kat mana nak bermula ni ye :)

Saturday 20 January 2018

2243

Hafal al quran sebab 50% daripada silibus sekolah adalah subjek al quran.

Mengulang al quran sampai masyi sebab setiap tahun ada exam dan target memang nak capai mumtaz dan nak jadi pelajar terbaik dan paling masyi di sekolah.

Berjaya khatam al quran 30 juzuk dalam masa lima tahun. Kalau tak, macam mana nak pergi hari graduan tahun depan? Macam mana nak dapat tokoh hafalan kalau tak khatam dan tak masyi?

Selepas lima tahun, hafalan al quran makin terabai. Minat dengan ulum al quran yang lain seperti ilmu tafsir, bayan al quran dan sebagainya. Lebih fokus kepada memahami al quran untuk diamalkan dalam kehidupan seharian sebab itulah tujuan al quran diturunkan kepada kita, iaitu sebagai hidayah dan petunjuk. Maka, kita perlu memahaminya itu menjalani kehidupan di dunia yang mana merupakan tempat persinggahan ke destinasi sebenar kita yang kekal lama.

Empat tahun berlalu, tafsir al quran entah ke mana, tadabbur al quran juga entah ke mana. Hafalan sudah lama sekali ditinggalkan. Mushaf al quran pun kadangkala tak tahu di mana letaknya. Tahu tahu saja bila terjumpa mushafnya sudah berhabuk, ditinggalkan lama oleh pemiliknya, tidak dibuka buat sekian waktunya.

Makin lama makin jauh dari al quran. Mungkin yang sering dikagumi hanyalah surah al fatihah yang dibacakan dalam solat. Atau tiga qul yang dilazimi setiap kali selepas solat. Atau surah al mulk yang dibaca setiap kali selepas isyak. Hanya itu sahaja. Surah surah lain terasa ganjil di lidahnya setiap kali dibaca.

Seakan akan pertama kali surah ini dibaca. Seakan tak pernah dihafal dan ditasmik beberapa tahun yang lalu.

Lihat saja kehidupannya. Bukan lah makin bahagia pun bila dia makin menjauh dari jalan ini. Bukan kelihatan gembira pun bila dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pembawa al quran.

Mungkin dia terleka dan terlalai seketika. Mungkin dia terjatuh dalam lubang yang sempit, berseorangan dalam kegelapan tanpa pengetahuan sesiapa melainkan dirinya dan tuhannya.

Bantulah dia jika kau menjumpainya. Jangan biarkan dia kesendirian tinggal di dalam kegelapan. Tarik lah dia keluar dari kejahilan itu. Pimpin dia ke arah cahaya dan petunjuk ilahi.

2142

Berniaga ni selain perlu pandai dan bijak dalam berbisnes, perlu juga mengamalkan sifat sifat mahmudah seperti amanah dan ikhlas.

Tak kisah lah arab atau melayu, orang putih atau nigga, kalau baki tu sepatutnya 95 ringgit, jangan lah bagi 84. Tak reti mengira ke?

Jadi manusia tu cuba lah telus, baru lah rezeki tu berkat melimpah ruah. Ni patutlah customer tak datang, tak berkat rupanya tempat ni, pekerja tak jujur.

Awak jadi customer tu pun jangan lupa check baki sebelum keluar kedai. Diorang ni cashier je, bukannya macam mesin ATM tak perlu nak check balik duit tu lepas withdraw.

Jangan careless. Sentiasa aware dengan sekeliling. Bijak lah dalam mengurus kehidupan, jangan sampai dipijak oleh manusia yang tidak berguna.

Sunday 7 January 2018

0531

Hey,

Guess what I'm 22 this year 😂. Rasa funny sebab entahlah dah tua nya aku niii. Baru tujuh hari di tahun baru aku rasa letih dah. Tak tahu kenapa aku makin tak suka dengan manusia, dengan orang sekeliling. Maybe things started from self hate, and then lama lama benci dengan orang lain jugak.

I only like my family and partner (lol). I don't have friends. They don't leave me but it is me who avoid myself from them at the first place. Why lah kan perangai aku macam ni..

Aku pandang sekeliling, tengok orang lain yang sebaya dengan aku, like so many things they have achieved in their life. Banyak beri sumbangan kepada orang lain. Jadi manusia berguna dan bermanfaat. Seronoknya tengok. Meanwhile aku kat sini masih macam ni.

A complete failure, an utter loser. 

Aku rasa sesiapa yang rapat dengan aku pun must end up tak berada dalam kegembiraan sebab aku lame gila, boring unattractive and stuffs like that. Entahlah. Aku rasa nak mati je. Malas dah nak hidup. I'm not inspired at all to do anything. Even nak habiskan degree ni pun aku cam nak taknak je.

Kalau boleh putar balik masa memang aku taknak study sini. Dan kalau boleh putar balik masa, aku taknak amik stam sebelum datang sini. It's a waste of money. Baik aku amik stpm, form six. Entah lah. Sebenarnya antara stay dekat stay dengan pergi sini, of course sini is a better choice. Sebab tempat amik stam dulu teruk. Tapi aku terfikir jugak kalau aku tak amik stpm agaknya apa lah aku buat lepas spm haritu kan?

See.. Aku tatau apa yang aku nak sebenarnya. Sebab aku minat bahasa arab lah aku datang sini. Tatau kenapa kalau aku sambung kat malaysia pun aku tak rasa nak sambung bahasa arab, sebab tak best la. Belajar arab cara melayu. Bahasa itself is a tamadun. So, mai ke sini is a good choice kalau minat bahasa arab.

Tapi dah bertahun duduk sini, menyampah pulak rasanya haha. Tatau kenapa aku suka sangat bahasa arab dulu 🙁. Dr pernah tanya dalam kelas, kenapa kamu belajar bahasa arab ? Aku jawab lah, sebab nak faham al quran. Rasa cam wow gila kan jawapan. Kalau ikutkan sistem yang ditanam dalam kepala aku waktu dulu, aku memang minat syariah, agama semua ni. Dan bahasa arab tu adalah alat untuk obtain ilmu agama ni sebab tu aku minat bahasa arab. Al quran bahasa arab, hadis bahasa arab, kitab kitab ulama bahasa arab, sebab tu kira macam nak faham agama kena faham bahasa arab.

Dulu sangat minat nak faham bahasa arab, nak faham agama, nak jadi muslim yang baik, nak sebarkan fahaman agama kepada semua orang terutama sekali kepada family dan orang yang terdekat. Cita citanya dahulu, untuk bersama sama masuk ke dalam syurga dengan orang yang tersayang. Sebab tu nak beri yang terbaik dalam studies ni sebab aku tau je aku tak reti sangat buat benda lain selain study.

By time, perasaan untuk melakukan semua tu faded. Aku jadi macam orang bodoh pula kat sini, tak faham kenapa aku kena beriya sangat nak faham agama, nak jadi baik. Aku just rasa hidup ni macam nak passing time. Kalau mati cepat lagi bagus. Tak attached dengan pape, not even friends. Barang barang kat dunia ni pun aku tak minat, just ada sekadar ada ikut keperluan je.

Kadang bila bangun pagi aku mengeluh. Alahai tak besarnya kena bangun, it's just another day.

Aku hidup macam orang takde arah tuju. You can say I don't care about my family anymore. Stress rasanya bila fikir pasal diorang. Tetibe aku rasa macam diorang tinggalkan aku sorang sorang kat sini, padahal it's my choice nak datang sini. Time mula mula datang sini seronok kot, rasa macam lari rumah but in halal way.

Aku culture shocked ke? Entahlah nak. Aku just rasa my life is meaningless. I wanna stay away from everyone. I don't wanna do anything in my life. Bukan masalah takde orang peduli pasal aku, kalau ada pun aku ignore. Surely, I'm a problematic brat.

Haih, kenapa lah aku kena hidup..

MJ

2216

Masyaallah.. almost 3 years aku tinggalkan blog ni haha.

Tetibe je rasa nak menulis balik, saja saja. Sebab nak read my own thoughts. Kadang kan, berfikir ni menyesakkan dan tidak jelas. Jadi, kena luahkan semua benda tu dalam kertas atau ruangan macam ni. Baru nampak dan boleh menjadi lebih rasional.

Bila fikir balik kenapa aku tak menulis, ada banyak sebab sebenarnya. Boleh jadi sebab takde apa yang menarik berlaku dalam hidup aku sepanjang ni, jadi aku berhenti menulis. Boleh jadi jugak aku rasa insecure dengan blogger blogger yang hebat kat luar sana, aku rasa cam cikai gila tulisan aku ni takde sape baca so buat apa aku terus menulis? Kenapa entah waktu tu aku sibuk nak compare diri aku dengan blogger lain. Diorang, diorang lah. Aku, aku. Kita ada different stories to tell to them, why would you compare?

Sebab lain kenapa tak menulis, mungkin nak larikan diri dari certain orang yang sangat rapat dengan tulisan sebelum ni. Writing brings memories too, so I decided to leave it because I don't wanna remember whatever happened in the past. Biar lah, benda dah lalu. Buat apa nak ungkit lagi?

So.. here i am. Kembali setelah tiga tahun. Abaikan sebab sebab yang kat atas ni sebab dah takde gunanya sekarang haha. Rasa nak let out my thoughts, itu je.

Writing used to be my remedy, and still is.

MJ

Wednesday 25 May 2016

1108

Aku tak suka eye contact.

Waktu tu tengah meeting. Orang yang tengah bercakap dengan aku tu duduk sebaris dengan aku, so nak pandang dia kena alihkan badan sekali, aku malas nak buat, so aku tak pandang dia cakap. Dia, even duduk sebaris dengan aku, dia gerakkan badan toleh ke kiri nak pandang aku. Normal lah tu, biasanya kalau kita bercakap dengan orang tu memang kita akan menghadap dia. Tapi aku dalam posisi mendengar, salah ke kalau aku tak make eye contact dengan dia? Masalahnya benda yang dia bagitau tu benda penting yang aku perlu catit, habis tu aku kena toleh gerak badan hadap dia sambil mencatit? Aku malas. Aku taknak buat. So time meeting tu , rasalah satu atmosphere berat yang menunjukkan aku ni rude. Kisah pula aku kan.

Aku tak suka body contact.

Banyak situasi. Antaranya, lepas solat biasa mesti salam-salam, cipika cipiki. Pastu ada sorang ni jenis yang suka usap belakang orang, aku faham je itu menunjukkan rasa rapat dan sayang sesama sahabat, tapi mungkin sebab aku ni jenis yang overly sensitive so aku tak suka. Situasi lain, ada jenis manusia yang gedik-gedik, lembik-lembik, ngada-ngada, manja sikit yang suka sandar-sandar, rapat-rapat dengan orang tak kisah dia rapat ke tak. Masalahnya aku ni, dengan orang yang rapat sentuh aku pun aku tak suka. Pastu suara nak lembik-lembik macam nak kena tampar. Aku tak suka. Tak suka. Tak suka. Situasi lain, ada orang terlanggar bahu aku, pastu say sorry sambil sentuh bahu aku, automatically memang aku tepis tangan dia. Automatik, aku tak bermaksud nak jadi kurang ajar pun. Tapi mesti dia rasa macam tersentap sikit, terkejut. Pendek kata, aku tak suka orang sentuh aku.

Aku tak suka orang banyak tanya kat aku.

Banyak aspek. Pertama pasal pelajaran. Okay memang lah aku belajar bahasa arab, tapi kalau satu  perkataan pun nak tanya aku melampau lah. Kamus kan ada? Taknak kamus tebal, kamus online dah ada  dah sekarang. Bukan suruh pakai google translate. Bila suruh try cari kat internet dulu, kata "kita mana boleh percaya internet google semua ni." Pebende kau ni. Ada akal kan? etlis make la effort sikit untuk mencari, dah cari, tak faham atau nak konfemkan apa yang kau faham, barulah tanya orang. Atau pun awal-awal tanya tu sepatutnya "kat mana nak cari pasaa benda ni eh?" Kan bagus. Bukan budak sekolah lagi, dah masuk uni dah masalahnya. Aspek lain dekat hal peribadi. Aku tatau lah ini kira peribadi ke tak, tapi tanya soalan macam "pergi mana" "dengan siapa" "ada apa" "kenapa buat macam tu" aku malas nak jawab soalan sampah macam ni. Aku faham jelah kau ni caring apa semua, tapi entahlah, kat kepala aku fikir kau ni menyibuk dan annoying. Aku memang tak suka. Aku tak suka orang tanya, kalau aku rasa nak bagitau, aku jumpa sendiri aku bagitau. Kalau aku tak bagitau, tak payah sibuk-sibuk nak tanya la. Semak.

Aku tak suka orang banyak cakap.

Maaf lah. Kalau nak cari teman bersembang, bukan aku orangnya. Lagi-lagi benda pelik-pelik yang bukan minat aku. Aku malas nak dengar, malas nak jadi baik buat-buat dengar pastu bagi respon konon-konon kau dengar dan ambil kisah. Tak tahulah aku ni noob ke geek ke apa, tapi kalau benda tu aku rasa boleh dapat benefit bila dengar, aku on je. Ni nak sembang acah-acah korek rahsia aku. Berita pelik-pelik dalam fb. Lawak-lawak hambar. Plislah. Main jauh-jauh. Mungkin ramai lagi oraag nak dengar, tapi bukan aku. Mesti aku nampak macam serius? Entahlah. Aku memang tak pandai nak bergurau. Lagi satu kalau ada slot tazkirah dalam meeting, itu pun aku malas nak dengar. Ataupun ucapan dalam majlis, benda-venda introduction yang mungkin bagi orang lain refreshing dan menceriakan, it doesn't work on me.

Aku tak suka bercakap.

Tak suka dengar orang cakap satu hal. Pastu tak suka bercakap. Bukan bagi silent treatment, masalahnya takde benda nak cakap dan memang not in mood nak kata apa-apa. Even satu bilik pun, boleh jadi dia lah orang yang paling aku tak banyak bercakap dan aku langsung tak tengok muka. Bukan sebab aku disgusted ke apa, takde apa-apa sebab. Salah ke nak diam? Diam pun orang nak kecoh, entah papelah.

Kesimpulannya apa eh, aku ni seorang yang quiet, reserved, overly sensitive? Taktahulah. Rasa macam dalam tempoh nak kenal diri sendiri, dan tak sangka lama dan memenatkan perjalanan ni. 16personalities quiz tu dah berapa kali buat. Kelakar je. First time buat dapat INFJ. Start daripada tahun ni dapat ISTP. Aku tatau part mana yang boleh panggil aku ni Virtuoso. Bukan aku percaya sangat. Entah. Asalnya percaya sangat, tapi sekarang dah macam tak nak percaya langsung sebab ada lah certain someone ni cakap something yang buat aku taknak tahu dah pasal introvert and such.

Different, doesn't mean you're a weird person.

Tuesday 24 May 2016

0714

Kadang ada benda yang kita nak sorok dari orang lain, sebab kita tahu benda tu buruk dan kalau orang tahu boleh mengundang unpleasant look from them.

Tapi kenapa kita try hard sangat nak buat orang pandang kita ni baik sepanjang masa?

Kenapa tak kita konsisten je lakukan kebaikan? I mean, kalau kita rasa benda tu buruk sampai kita perlu sorok, kenapa kita tak tinggalkan saja?