Powered By Blogger

Tuesday 6 January 2015

0938

Mie, aku dah tegur dia, tapi dia buat tak endah je dengan aku.

Kau sedih ke?

Entahlah. Jujur, aku tak rasa apa. Maybe sebab pagi ni mood aku baik. Alhamdulillah.

Berani pula kau tegur dia.

Itulah yang aku pelik tu. Sebab pagi ni tetibe aku active sangat kat twitter kut. Pastu aku nampak dia rt memacam. Tu aku terus tegur. Sebab dah lama tak nampak dia.

Rindu letu kan?

Gila tak rindu. Tapi tak berani nak bagitahu, nanti sedih ah dia tak layan. Haha. Bagilah sekali sekala aku ego, pendam rindu sengsorang.

Peliklah engkorang ni.

Eh? Entahlah. Tapi tak sangka dia reply tau. Sebab dia kan tak follow aku. So mestilah tak muncul kat noti, aku mensi dia. Dia reply pun aku dah gembira. So that aku tak kisahlah dingin kepe, sebab kat sini pun baru lepas ribut pasir. K takde kaitan.

Memang ukhuwahfillah tu macam ni ye? Tak pernah bersua muka. Dulu selalu wasep sekarang memasing dah menyepi. Memang contact dalam doa pastu stalk dari jauh je ke cemane?

Haha. Tak lawak Mie. Aku tak layak nak panggil ni ukhuwahfillah. Entahlah. Macam jauh lagi nak sampai. Tahap ukhuwah, salamatus sodri pun aku susah nak buat ni kan pula nak ngaku ukhuwahfillah, sahabat fillah, best friend till jannah. Malu aku ngan Tuhan, beb.

Kita boleh usahakan ke arah itu, kan? Kau sendiri yang cakap, jangan putus asa kalau itu memang benda baik. So walk the talk, Char.

Aku suka bila dia tegur aku. Aku teringat aku sendiri pernah cakap, ukhuwahfillah ni bukan setakat saya sayang awak, awak sayang saya je, kalau boleh tegur kalau tahu ada buat salah, itu yang paling penting bagi saya. Aku yang cakap weh, masalahnya, tapi aku ni.... Entahlah.

Kau nak orang tegur, tapi kau tu sendiri yang sudah nak terima teguran orang lain. Tak kisahlah orang rapat ke tak. Kau yang tak buka hati nak terima nasihat.

Itulah masalah aku. Aku rasa dia pernah tegur aku sebelum ni. Tapi ini random jelah. Sebab dia cakap public. Tak mention nama aku pun. Tapi timing tu cantik sangat, bebetul lepas aku buat benda tu, dia tegur. Manalah aku tak terasa dia tuju kat aku.

Cuba fikir Cha, kau ni cepat sangat terasa. Sensitif tak kena tempat. Dah berapa kali cakap, orang tegur tanda sayang. Cubalah terima nasihat dengan lapang hati. Jangan termakan dengan bisikan syaitan. Teguran dari manusia bukan untuk rendah rendahkan kau. Bisikan syaitan kau terima, tapi nasihat ikhlas dari sahabat sendiri kau tolak. Heh.

Mie...aku nak dia tegur aku lagi. Aku rindu dia. Aku bukan nak dia tegur say hi kat aku. Aku rindu dengan kata kata dia. Selalu kalau aku down, sembang dengan dia terus okay. Sekarang bila camni, entahlah. Mungkin aku banyak sangat sangka buruk.

Berdoalah. Hati manusia ni Tuhan yang pegang. Bersangka baiklah selalu. Tak rugi pun bersangka baik. Mungkin ada hikmahnya semua ni berlaku. Sabarlah.
Aku rasa beruntung kenal Mie.

Aku kan painhealer kau. Heh.

Thursday 1 January 2015

Tersimpan

Dear Cha yang Mie sayang dari dulu sampai tiada kesudahan...

Aku tahu semua cerita tentang kau. Susah senang kau. Aku dah tahu. Aku faham je apa yang kau rasa sekarang. Aku faham apa yang kau cuba nak pertahankan sebenarnya. Aku faham apa yang kau cuba nak bagitahu dekat orang lain. Tapi apalah gunanya perkara ni kalau aku sorang je yang faham, kan?

Turn aku pula yang mengeluh.
Tipulah kalau waktu kau sedih, sahabat kau tak sedih sama.
Tipulah kalau sahabat kau sendiri tak dapat detect yang kau sedang memendam rasa.

Aku tahu. Mungkin sekarang kau rasa kau tersalah buat pilihan.
Mungkin kau fikir kenapa aku kena deal dengan orang macam dia.
Kenapa aku yang start semua ni.
Kenapa, dan apa tujuan aku buat semua ni.
Aku yakin sangat kepala kau tu tengah serabut dengan benda benda macam ni.

Truth hours

Perasaan time tengah typing ni bercampur baur.
Tak tahu nak ketawa ke menangis.
Last last, terdiam tanpa bicara.
Sedih sebab tak mampu nak berlaku jujur dengan diri sendiri.
Tak mampu nak ketawa dengan orang lain bila diorang tengah happy.
Tak mampu nak bersedih sekali dengan orang yang tengah sedih.
Susah nak gelak bila orang buat kelakar.
Tak mampu nak puaskan hati orang lain dengan respon aku yang jujur sangat ni.
Bila cuba nak masuk dengan orang,
Diri sendiri jadi penat, letih.
Rasa nak menjerit pun ada, asal fake sangat kau ni shera.
Orang yang kenal aku kat dunia ni, dunia alam maya, mungkin fikir aku ni..entahlah. 5 minit jugalah nak completekan ayat ni.
Aku tak tahu apa yang orang fikir tentang aku.
Sebaiknya kalau boleh, tak usahlah fikir pasal aku.
Jangan susah susahkan diri, nak kenal aku, nak tahu aku, nak faham aku.
Sebab memang orang takkan pernah faham dengan aku.
Aku pun tak faham dengan diri sendiri inikan pula orang lain.
Dengan perangai aku yang cepat berubah ubah.
Kekadang aku rasa aku ni sebenarnya macam ni macam ni,
Lepas je aku fikir macam tu, mesti perangai aku berubah.
Tak sama dengan apa yang aku fikir.
Tak sama dengan apa yang aku rasa.
Fikir pasal diri sendiri pun dah cukup untuk buat aku pening.
Bila aku rasa aku ni lebih pandai menulis dari bercakap,
Aku takde idea untuk menulis, dan aku jadi selalu nak bercakap.
Bila berlaku sebaliknya,
Aku banyak menulis lah kut, terus jadi pendiam.
Ini mata aku ni dah kenapa.
Oh playlist lagu hunter hayes. Patutlah.
Nak wasep dengan dia.
Tapi semua kata kata tersekat dalam hati je.
Nak bercakap dengan dia, last last aku bercakap sengsorang dalam hati.
Aku tak tahu bila aku nak berani tegur kau.
Kau takde buat salah apa pun.
Memang aku yang start dulu. Im so sorry.
Aku selalu teringat dia kata, lain kali kalau takde benda nak cakap, jangan cakap.
Aku faham, kalau takde benda penting takyah contact.
Gaya macam ajnabi je. Heh.
Tapi bukan ke benda yang kita wasep selama ni benda yang tak penting? Haha.
Perangai aku, kalau aku dah sayang dengan orang tu, memang aku akan menangkan dia, dalam apa jua jenis situasi.
Memang aku akan jaga hati aku sendiri, so that aku takkan terasa dengan dia.
Benda buruk pasal dia pun aku boleh husnuzhon lagi.
Nak ceritanya tu, memang sakit jugalah buat semua ni.
Aku bukan tak tahu kesannya apa, aku tahu, dan dah lama bersedia.
Cuma kadang tu, hebat mana pun persediaan, kalau Tuhan dah nak uji, bergoncang jugalah iman dalam hati ni.
I really value my friendship.
Memang stail aku berkawan dengan orang, kena aku yang approach dulu.
Kalau kau baca novel islamik, kan biasa ada watak yang hulurkan tangan sakam persahabatan semua tu, ibaratnya aku yang itu.
Sebab aku jarang ada orang nak hulurkan salam persahabatan dulu dengan aku.
Dan kalau ada sekalipun, aku tak sambut huluran tu.
Kan aku dah kata aku sangat appreciate persahabatan ni.
So, kalau aku terpaksa berkawan dengan kau, aku tak sanggup nak berkorban untuk kau.
Aku setuju sangat kalau orang kata cinta itu pengorbanan.
Sebab cinta lebih kat ilmu, kita berkorban, berjauhan dengan keluarga, even masih tak percaya dengan diri sendiri untuk berdikari.
Aku ni anak manja, kau kena faham. Haha.
Dah sampai sini baru terfikir, aku cerita pasal apa ni?
I have a great passion in writing.
Bukan sedikit aku jatuh kali dengan penulisan.
Berkali kali dah rasanya.
Seringkali jatuh cinta dengan tulisan dengan orangnya sekali.
Tu bahaya sikit.
Aku minat dengan penulisan yang rare, boleh kata indie jugalah.
Anak muda mana suka tulisan skema, weh.
Tapi kalau ilmiah tu haruskah skema, mudah nak faham nanti.
Minat sangat dengan blog.
Dan ask,fm.
Kenapa askfm?
Sebab ini ruangan orang untuk tulis apa yang dia suka.
Kalau twitter, fb, banyak sangat ayat kopipes.
Aku paling lah anti gejala kopipasta ni.
Based on penulisan, aku judge cara penulis tu berfikir dan stail dia.
Judge, approach, ask, evaluate.
Ada certain certain penulis yang mendapat tempat dalam hati aku.
Yang selalu ada idea yang sama macam aku.
Yang mampu tulis apa yang aku tak mampu nak express through words.
Dan aku seek advices from them.

Nak tahu tak, bila melibatkan perasaan ni benda tu jadi makin berat?
Nak luah tak terluah.
Nak pendam tak tertahan.
Sampai masanya aku akan delete juga entri ni.
Dengan blog ni sekali.
Sebab mungkin suatu hari nanti blogger ini pun akan didelete dari dunia ni.

2138hrs
25122014
Mafraq
Jordan

2232

Mie.

Char.

Pening lah. Banyak masalah. Hm.

Sabarlah. Bukan namanya hidup kalau takde masalah.

Cakap senanglah. Aku stress gila kut.

Semua orang ada masalah weh. Aku ada, kau ada, dia ada. Based on macam mana kau handle masalah tu je sebenarnya.

Itulah masalah aku. Tak pandai nak handle masalah.

Apa kau. Dah 2015 ni tak reti handle masalah lagi. Heh.

Weh tak baik.

Okey. Camni. Benda ni kau tak perlu nak terus buat sampai perfect. Sikit sikit. Gradually. Istiqomah.

Tapi aku ni. Tengah mendaki la ni, step by step. Tapi asyik tersungkur je. Macam mana?

Yeke mendaki? Bukan statik ke dari tadi?

Wehh jahat lah. Bagilah semangat sikit.

Aku tengah bagilah ni. Kau tu yang manja sangat. Cuba tough sikit.

Serius ah. Aku ni manja ke? Ramai orang cakap aku camtu. Asal describe aku je manja. Lol.

Haah. Manja sangat. Lembik. Selalu futur. Tarbiyah bukan untuk orang manja. Dengar tu.

Tahulah. Sebab tulah nak tarbiyah diri ni jadi tak manja. Hm. Sebab manja lah perlukan tarbiyah. Tak ke?

Hm. Betul. Tarbiyah diri dan orang lain. This word. Rasa berat pula tetibe.

Lepas tu, macam mana eh nak berenti rajin sangat online ni? Stress berganda kut.

Kau ni semua stress. Chill ah. Buang perkataan stress tu. Ha. Tu first thing first.

1351

Hakikatnya..

Ceh awal awal dah cakap pasal hakikat.
Okay sukahatilah blog siapa.

Hakikatnya..
Hidup ni tak selamanya gembira tak selamanya kita berduka.
Bukan sahaja sepanjang kita hidup.
Bukan sahaja sepanjang 18 tahun kita menetap kat muka bumi ni.

Sebab semalam birthday aku. Har har.
Ya Allah, tak sopan betul harini. --"

Malah dalam masa sehari boleh jadi kita gembira dan berduka.
Dua benda yang kontra ni tak mustahil terhimpun dalam hari yang sama.
Sebab bila kita cerita tentang perasaan, urusan hati.
Memang semua ni sentiasa berubah ubah.
Takkan sama.
Gembira di sini, berduka di sana.
Pada waktu yang sama, boleh jadi.

Macam takde point je, kan?

Ada point nya.
Cuba tengok kat sini.

Kita selalu rasa tak puas hati, bila orang yang used to be someone untuk kita berborak dengannya tu, boleh elok sembang dengan orang lain, tapi bila dengan kita dia jadi hambar sangat.
Kadang kita rasa macam, yelah siapalah aku ni, tak penting, bukannya favourite people dia.
Dan kita mungkin rasa, apa yang aku selama ni borak dengan dia tak seseronok macam mana dia borak dengan orang lain.
Or maybe kita juga akan rasa, mungkin selama ni semua benda ni palsu belaka, takde guna nak dikenang dan diingat kembali.
Dan pelbagai lagi benda yang kita rasa dan fikirkan, yang semestinya semua benda tu perkara perkara yang negatif belaka.

Masa yang sama, kita nampak kat tempat lain, dia bukan macam tu.
Dia tak sehappy yang kita nampak dengan orang orang tadi.
The hidden story.
Mungkin ini yang dia taknak orang tahu tentang dia.
Sebab tu dia maksimakan ruang tu untuk cerita semua benda.

Dia ni memang bermasalah.
Dia ni memang sengaja nak cari masalah.
Dan dia sengaja buat masalah.

Sudahlah. Aku malas nak kisah.