Powered By Blogger

Sunday 10 August 2014

0122

Aku rasa kita tak perlu pun nak kecewakan orang lain semata mata untuk rasa apa perasaannya bila buat macam tu dekat orang lain.

Mungkin lah kata kata dia ni bukan bermaksud secara literal, hanya ekspresi semata mata. Tak bermaksud pun nak kecewakan sesiapa.

Dah kenapa aku nak tafsir lebih lebih. Suka hati dia lah nak luahkan apa kan. Tapi itulah masalah aku dulu sebenarnya, terlebih concerned pasal orang lain, padahal benda tu takde kaitan dengan aku pun. Patutlah orang tu pun tak selesa dengan aku. Sebab aku sibuk sangat nak masuk dalam kain dia. Ni bukan jaga tepi kain lagi dah, tahap nak masuk dalam kain selami jiwa dan perasaan baca fikiran segala, mana lah orang tak rimas kalau buat macam tu..

Insaflah. Jangan buat lagi kat orang lain. Jangan jadi manusia yang mengundang ketidak selesaan kepada orang lain. Kelak dijauhi orang ramai, yelah, sebab diorang dah rasa tak selesa. Buat apa diorang nak duduk dekat dengan awak?

Melainkan true friends. Kalau diorang faham awak ni macam mana orangnya, dan bersabar dengan kerenah awak, hargai lah mereka. Jangan buat kat diorang dan selalu selalu lah ringan tulang untuk membantu diorang saat memerlukan.

Kalau kau ada kawan yang cari kau time dia berada dalam kesusahan, aku rasa sebaiknya kau tolong, bukan biarkan macam takde apa jadi. Bukan senang tau nak minta tolong kat orang ni. Rasa malu, hina, rendah diri dan sebagainya. Jadi, bantulah mereka dengan hati yang terbuka. Bukan kerana kalau kita tak tolong dia harini satu hari kita susah sape nak tolong kita, tapi sebab kita adalah kawan.

Kalau jujur dalam friendship ni dah lenyap kat dunia, what is so gonna happen to the world and humanity?

Friday 8 August 2014

0116

Less rant, I have to.

Why do you have to? Who are you? What are you doing?

Dalam hidup ni, walaupun kita ada idol, tokoh, mentor dan perkara yang seangkatan dengannya, tak perlulah kita meniru mereka sampai hilang identiti diri. To each person, their own. Setiap orang unik, jadi lah diri sendiri. Tak perlu mengikut ikut orang lain.

Selain daripada perkara ini menyakitkan mata, ia juga nampak jelas ketidak aslian nya. Maka, hentikan lah. Jadilah diri sendiri. Tiada sesiapa pun di atas muka bumi ni macam awak. Itulah sebenarnya yang buat awak menarik. Personaliti yang ada pada awak yang orang tak akan jumpa pada orang lain.

Believe in yourself. Walaupun idol, mentor dan tokoh awak tu sangat awesome dan amazing, kita tatau apa struggle yang dia lalui untuk sampai tahap itu. Jadi awak ada struggle awak sendiri, tapi bukan untuk jadi seperti mereka, but to be the best version of you in this world.

Awak boleh buat ☺

Wednesday 6 August 2014

2020

Mie...aku tak kuat.

Char, kau menangis.

2 hari. Approximately.

Ya Allah, kenapa sampai macam ni sekali?

Aku tak tahu. It hurts inside.

Char..

Diorang semua gila tahu tak?

Sabar, aku takut bukan diorang tu yang gila sebenarnya.

Apa maksud kau?

Abaikan.

Kau ni..sama je macam diorang yang lain.

Tak. Aku tak sama macam diorang. Kau kenal aku kan?

Mie, aku percayakan kau sampai bebila. Kau tak sama macam diorang. Im sorry sebab marah tadi.

Its okay. Aku faham. Jangan risau, aku akan selalu ada untuk kau. Im unlike them.

Aku tahu. Terima kasih.

Cet, macam kelakar je kau ni, dah lah tu. Takyah nangis lagi. Macam budak kecil la.

Mana ada aku nangis dah. Kau..buat cerita je.

Eleh, ingat comel?

Aku memang comel. Alah.

Haha. By the way..kau jaga sikit kesihatan tu. Minggu depan kan ada kursus seminggu. Takkan nak sakit sakit.

Okay. Darah tinggi boleh turun kalau rileks. Kecoh lah kau. Haha.

Buat apa nak stress.. haih Char....

Biasalah wei, tinggi level, makin banyak ujian. Maybe sebab cepat sangat meningkat, aku pun tak expect secepat ni.

Kau tak prepare ke? Bukannya kau tak tahu kan?

Aku dah prepare..tapi its beyond my expectation. So, boleh kata not well prepared lah dulu tu.

Kita merancang, Dia pun merancang. Bezanya, Dia tahu planning kita, kita yang tak tahu macam mana planning Dia.

Salah satu sebabnya..aku rasa base tak kukuh, sebab tu rapuh sangat ni. Aku rasa lah..

Boleh jadi. So nak repair balik ke, nak move on je?

Kalau ikut yang sebelum ni, kalau redah je, boleh roboh nanti. Gila!

Tapi yang latest pun okay what.

Itu lah. Itu pun beyond my expectation juga. Maybe sebab tu lagi better, Dia uji dengan yang tadi tu.

Kau jangan lupa Dia. Seronok sangat dengan plan kau sampai lupa Dia, mana tak jadi macam ni.

Gila runsing aku dibuatnya. Ini semua for the sake of Him. Jangan risau.

Kau tak penat ke Char?

Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, aku tak penat, takkan bosan, even aku tahu possiblity nak dapat yang perfect tu lebih dekat kepada tiada.

Over kau.

Aku serius ni.

Okay. Apa apa pun, jangan letak Allah kat belakang. Jaga ibadah. Banyak lagi projek mendatang, huhu...

Sakai Mie -.-

Saturday 2 August 2014

Trav

Bila orang tegur this and that, kita jangan ego sangat nak menangkan prinsip sukahati-aku-la-nak-buat-apa-kau-kalau-tak-suka-buat-buat-jela-tak-kisah yang serius aku rasa tak bagi kita chance pun bila debat prinsip tu. Okay, hak kita lah kan nak buat apa pun dan hak kita lah juga nak terima ke tak teguran orang tu.
Tapi ingat...setiap muslim ada hak pada muslim yang lainnya. Takyah lah kita selfish sangat nak dahulukan hak kita whereas sebenarnya orang lain pun ada hak diorang in some parts yang kita buat dalam hidup ni.
Remember that: Kita Muslim ada hak pada Muslim yang lainnya. Dan apa contoh-contoh hak kita tu?
Jeng jeng jeng.
To be continued.