Powered By Blogger

Wednesday 29 October 2014

0732

Memang luar alam, pagi pagi sebelum pergi kelas, tengah blogging. Ahah.
Tadi Allah gerakkan hati nak baca blog teme, entitled Pengorbanan.

Okay pengorbanan.
Makin sukar pengorbanan kita, makin tinggi nilainya.

Susah nak korbankan benda atau orang yang kita sayang, bila kita abaikan suatu perkara.

Hak Allah ke atas kita.

Okay, aku bagi contoh. No offense eh?

Kita sayang orang sana. Nak dijadikan cerita, orang sana pun mempunyai perasaan yang sama. Maka, kita pun contact antara satu sama lain dengan suka ria, tanpa memikirkan apa apa kesannya pada hati, studies, dan life kita. Contact private private, tak main lah nak dating kat taman kepe. Malu orang lain nampak, tapi Dia nampak, kita masih boleh watlek watpis. Maka ceritanya berlarutan sehingga kita dah mula disapa hidayah, dah berkenalan inche dakwah dan tarbiyah. Dah mula faham tentang hal ikhtilat. Mulai sedar kesan zina ini kepada hati. Mulai merasai kesannya terhadap dakwah dan tarbiyah yang kita bawa. Sedikit sebanyak konsenterasi terganggu sampai studies pun terjejas. Life mula serabut. Tersepit sebab masih sayang dengan orang sana, dalam masa yang sama tahu perkara tu tak kena. Ukhti itu suruh jaga ikhtilat. Sis yang ni pesan selalu jaga hati. Akak yang itu pula suruh tinggalkan jahiliyah. Kita masih lagi tak tahu nak buat apa dengan orang sana. Orang sana pun dah pelik kenapa dengan kita ni, nampak lain semacam. Kita masih lagi tak tahu nak explain. Macam takde pendirian. Apa guna ada pendirian, tapi tak tertegak? Ada prinsip tapi tak follow the rule?

Pengorbanan.
Tadhhiyyah.
Sacrifice.

Kita takde pilihan lain.
Kita tetapkan dalam hati, tinggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Bukankah segala sesuatu itu datangnya dari Allah?
Jika Allah mengatakan sesuatu itu tidak baik bagi kamu, bukankah bermakna Dia sudah menyediakan yang terbaik untuk kita?
Tidakkah kamu mengetahui?

Pengorbanan kita takkan pernah terjadi sia sia.
Mustahil setiap apa yang berlaku itu tiada hikmahnya.

................

Mie, aku dah tekad, aku takkan fikir lagi.

Okay. Baguslah macam tu. Sampai bila lagi kan?

Its the matter of time. Time to move on.

Heh. Yang tu bukan ke....

Aku ambik yang tu je.

Hard aint it, Char?

To the most. Moga ada nilainya di sisi Tuhan.

InsyaAllah.

Tuesday 21 October 2014

Yang tersimpan.

Uhibbukifillah.
Ana.
21102014.

Aku tak berani.
Nak ungkap lafaz tu.
Sayang aku dekat kesayangan aku,
Tak termampu untuk aku ungkapkan.
Aku pun tak pasti kenapa.
Entah wujud entah tidak.
Tapi jauh di sudut hati,
Aku kata, ya, wujud.

Mungkin tak semua kata perlu diungkap.
Tak semua cerita perlu diberitahu.
Tak semua perkara perlu tahu.

Sayang kita, biar kita dan Dia sahaja yang tahu.
Sayang jangan hanya tinggal di bibir.
Kalau sayang kena buktikan.

Jangan campak ke neraka.
Bersama ke syurga.
Berusaha menjadikan kubur tu seluas yang mungkin.
Jadikan dunia ni syurga kita.
Walaupun kita tak mampu nak berseronok dengan segala mehnah yang melanda.
Tentu faham kan syurga yang aku maksudkan?
Ye. Mengimpikan sahabat sahabat yang rasa cool beribadah daripada buat perkara lagho.
Tiada yang lebih nikmat selain daripada halawatul iman.
Macam mana nak dapat kemanisan iman tu?

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
(HR. Muslim)

Friday 17 October 2014

Hawlawiyat

Furqan, salah ke aku suka kat dia? Aku dah bagitahu dengan mak dia dah pasal perasaan aku. Semua benda aku luah kat mak dia. Sekali sekala je aku keep in touch dengan dia.

Hm. Perasaan suka kau tu tak salah. Siapalah kita nak menafikan fitrah suka menyukai ni. Tapi kau kena pandai kawal lah. Sekali sekala tu betul ke?

Err..betul lah.

Aku tengok tweets kau lately semacam je.

Mana ada aku mention nama dia. Ish.. kau ni.

Unmention pun orang boleh faham Azfar. Kau tu obvious sangat, aku tengok dia relax je. Dalam hati, aku tak boleh tebak lah. Haha.

Salah ke kalau aku contact dia? Hm?

Tak salah. Tapi jangan selalu. Aku tahu kau sayang dia. Kalau sebelum nikah dah selalu contact, dah selalu sweet sweet, apa yang tinggal lepas nikah nanti?

Hm betul juga cakap kau.

Kan. Nanti lepas nikah kemanisan tu dah hilang. Sebelum menikah lagi kemanisan tu dah hilang sebenarnya.

Kemanisan apa lagi? Halawiyat?

Kemanisan beribadah, sahabat. Bila hati kau dah sibuk ingat dia, masih tersisakah ruang untuk mengingati Dia? Kalau betul cinta, jangan bawa ke neraka, mesti pasang niat untuk bersama sampai ke syurga.

Ceh, Furqan. Kau cakap macam ada pengalaman je..

Heh. Bidadari aku heartless sikit. Kalau aku tak contact, jangan mimpilah dia nak contact aku tetibe.

Eleh, kau kalau contact pun cakap pasal apa benda jelah korang bincang, masalah persatuan, pesanan asatizah, yelah korang kan rapat ngan asatizah.

Jaga hati. Masing masing sedang menjaga hati.

By the way, Furqan, serius? Aku terdengar dari Ustaz Afif...

Haish..suka eavedropping budak ni..

Hehe. Sorry..

Insyaallah. Kalau ada jodoh, ada lah.

Sahabat aku ni setia betul. Dekat 13 tahun juga kan?

Akh Zul suruh hantar proposal sebelum soifi, sebab takut orang lain ambil tender tu.

Tukar topik letu.

Azfar....

Ai ai sir.

Sunday 12 October 2014

2222

Mie, lama tak sembang.

Agak lah. Kau sihat?

Alhamdulillah.

Dia macam ni tau, kalau jawab alhamdulillah tu biasanya ada yang kau sorok dari aku. Haa..

Aih. Camane kau tahu ni? Haha.

Eleh, memang aku baru kenal kau tadi. Memang..

Kesihatan tu macam biasalah, pening pening, mual mual, maybe tak biasa lagi kut dengan persekitaran even dah dekat sebulan duduk sini. Insyaallah lama lama okay. Doakan aku.

Kau jangan buat perangai lama, Char. Kat sana takde orang nak jaga kau. Sakit ke apa kalau kau pendam bukan orang tahu, bukan diorang nak tolong kepe.

Kalau bagitahu pun, takde orang nak tolong. Nak buat macam mana.

Takpe, aku kan ada? Kalau ada apa apa, bagitahu jelah kat aku.

Kalau aku pening, kau nak mai sini ke , tolong picit kepala?

Aku beli tiket on the spot. Serius. Haha.

Ha tengok tu, serius, pahtu gelak. Tak baik.

Alah, yelah. I'll leave you in care of Him. Aku yakin Dia selalu jaga kau. Maaflah kalau aku tak selalu ada untuk kau.

Tak payah lah nak feeling sangat kan.....

Heh.

Perit juga kan hidup sendiri?

Siapa suruh hidup sendiri? Siapa suruh nafsi nafsi?

Bukan. Kau macam tak kenal aku. Mana betah nak bergaul dengan orang lain. Siapa lah nak berkawan dengan orang yang pendiam, blur, skema, bosan dan krik krik macam aku ni..

Habis takkan kau nak ubah diri kau supaya diorang berkawan dengan kau?

Tak juga. Kalau diorang berkawan dengan aku sebab aku berubah jadi apa yang diorang suka, tak ke diorang hampa bila tahu perangai sebenar aku?

Kau ni kisah sangat pasal orang hampa ke tak hampa dengan kau..

Itulah, dah takde orang nak kisah pasal aku, nak buat macam mana.

Amboi, aku ni apa?

Kau lain lah. Special and limited edition. Hamba Allah terpilih gituh. Haha..

Cari sahabat yang sayang kau kerana Dia.

Means?

Yelah, bila dia sayang kau lillahi taala, dia takkan perlu sebab lain kenapa dia nak bersahabat dengan kau. Tak kisahlah nanti kau dah berubah jadi lebih baik ke lebih nakal ke, dia takkan pernah tinggalkan kau.

Bunyi macam impossible nak jumpa orang macam tu. Wujudkah?

Eh wujudlah. Aku? K gurau. Lebihkan menjadi daripada mencari. Nakkan sahabat yang bersahabat dengan kita lillahi taala, kita yang kena buat first move bersahabat dengan mereka lillahi taala.

Mie, aku tak confident lah. Hm. Dahlah sorang kat sini. Boleh futur kalau fikir bab ni je.

Siapa lagi yang nak yakinkan kita kalau bukan diri kita sendiri?

Aku nak kau yang yakinkan aku..

Char, kau tak pernah sendiri. Dia selalu ada. Recheck hubungan dengan Dia balik. Mesti ada something wrong somewhere kalau kau cari selain Dia.

Mie..aku tak tahu nak cakap apa. Kau membebel senanglah. Hm. Sedih aku.

Ni lemah lemah ni kenapa. Alaaa...aku pula yang lemah bila dengar.

Takpelah. Insyaallah kheir..