Powered By Blogger

Sunday 10 August 2014

0122

Aku rasa kita tak perlu pun nak kecewakan orang lain semata mata untuk rasa apa perasaannya bila buat macam tu dekat orang lain.

Mungkin lah kata kata dia ni bukan bermaksud secara literal, hanya ekspresi semata mata. Tak bermaksud pun nak kecewakan sesiapa.

Dah kenapa aku nak tafsir lebih lebih. Suka hati dia lah nak luahkan apa kan. Tapi itulah masalah aku dulu sebenarnya, terlebih concerned pasal orang lain, padahal benda tu takde kaitan dengan aku pun. Patutlah orang tu pun tak selesa dengan aku. Sebab aku sibuk sangat nak masuk dalam kain dia. Ni bukan jaga tepi kain lagi dah, tahap nak masuk dalam kain selami jiwa dan perasaan baca fikiran segala, mana lah orang tak rimas kalau buat macam tu..

Insaflah. Jangan buat lagi kat orang lain. Jangan jadi manusia yang mengundang ketidak selesaan kepada orang lain. Kelak dijauhi orang ramai, yelah, sebab diorang dah rasa tak selesa. Buat apa diorang nak duduk dekat dengan awak?

Melainkan true friends. Kalau diorang faham awak ni macam mana orangnya, dan bersabar dengan kerenah awak, hargai lah mereka. Jangan buat kat diorang dan selalu selalu lah ringan tulang untuk membantu diorang saat memerlukan.

Kalau kau ada kawan yang cari kau time dia berada dalam kesusahan, aku rasa sebaiknya kau tolong, bukan biarkan macam takde apa jadi. Bukan senang tau nak minta tolong kat orang ni. Rasa malu, hina, rendah diri dan sebagainya. Jadi, bantulah mereka dengan hati yang terbuka. Bukan kerana kalau kita tak tolong dia harini satu hari kita susah sape nak tolong kita, tapi sebab kita adalah kawan.

Kalau jujur dalam friendship ni dah lenyap kat dunia, what is so gonna happen to the world and humanity?

No comments:

Post a Comment