Powered By Blogger

Wednesday 3 September 2014

1653

Kalau boleh sebelum pergi ni aku nak spend time ngan kau.

Hm? Bukan aku memang selalu dengan kau ke?

Maksud aku, lately kita kan dah lama tak sembang.

Sebab kau pun dah dapat apa yang kau nak kan? Makin dekat dengan impian kau. Baguslah tu.

Entahlah. Aku pun tak pasti. Keadaan boleh simply turns upside down. Macam aku pula yang kena.

Sebab kita merancang dan Dia pun merancang?

Erm.. Aku rasa aku macam, self centered sangat. Aku buat semua tu sebab aku. Hakikatnya aku hanya kisah tentang diri aku, bukan mereka.

Bukan ke itu goal kau, Char. Kalau kau dapat apa yang kau nak, then its worth to be.

But aint easy hurting others for your own good, no?

Aku nampak kau macam lupa dengan matlamat kau. Tentang fokus kau. Sebenarnya apa yang menarik perhatian kau?

Aku pun keliru, Mie. Aku dah macam bukan aku. Macam dah hilang identiti. Totally lost. Kepala aku dah takleh compute dah pasal semua ni.

_____________________

Hidup kita cuma sementara.
Sekejap sangat.
Mati itu bila-bila.
Mungkin kejap lagi.
Akhirat itu kekal selamanya.
Kenapa tidak kita sediakan diri kita untuk sebuah kehidupan yang tiada penghujungnya?
Di negeri akhirat itu.
Bukan syurga atau neraka yang menjadi impian.
Cuma mendambakan pandanganNya yang penuh dengan kasih sayang.
Pandangan yang dicintai itu ternyata lebih disukai oleh pencintaNya.
Tapi..tak cukup sekadar berangan angan.
Mengimpikan pandangan sebegitu di dunia sana.
Dalam keadaan menjalani kehidupan di dunia ini kayak tak mahu pulang ke sana.

Apa sebenarnya mahumu?
Jujurlah pada diri sendiri..
Bahawa kau tidak bahagia dengan kehidupan ini, yang sekarang ini.
Lalu kau mengimpikan kehidupan yang sangat indah di sana.
Sedang kau tahu segala apa yang kau berbuat dia atas dunia ini, adalah penentu kehidupan kau di sana.
Derita dan sengsaranya hidup kau kerana kau makin jauh dari Dia.
Hakikat yang tak dapat disangkal.
Makin lama makin jauh.
Detik kesedaran tiba, tapi munculnya hanya seketika.
Kerana kau sendiri yang lenyapkan kesedaran itu lantaran tertipu dengan dunia.
Bahagia di sini tidak menjanjikan bahagia di sana.
Sengsara di sini tak semestinya bahagia di sana.
Mahu bahagia di sana?

Bangunlah.
Bersihkan diri kamu dari sebarang dosa.
Sucikan hati kamu dari cinta dunia.
Hati itu..
Kau sucikanlah dulu.
Sudah dibersihkan, jangan lupa diisi dengan amalan amalan yang dicintaiNya.
Baiknya sang raja, baiklah seluruh tentera.
Mula dengan hati.
Tinta ini pun tulus dari hati, bukan nafsu semata bukan?
Aku faham deritanya kau dalam menanggung keperitan ini.
Hati mana yang sanggup bertahan lantaran pekatnya jahiliyah dalam diri.
Mana mungkin tarbiyah dan jahiliyah menyatu dalam hati yang satu.
Mana mungkin cinta Khaliq dan makhluk bertamu dalam hati yang satu.
Utamakan yang utama.

Letak Allah nombor satu dalam jiwa.
Usah kau risau ke mana hilangnya mereka.
Kerana nantinya kita semua akan kembali kepada Dia.
Fardhu itu dijaga.
Nafilah itu diistiqomah.
Sibukkan diri mengingati Dia jauh lebih bermakna bila hati kau meronta-meronta ingin mereka mengingatimu.
Hubungan atas dasar fillah itu bergantung pada hubungan kamu dengan Ilah.
Jaga hubungan kamu dengan Dia.

No comments:

Post a Comment