Powered By Blogger

Monday 22 September 2014

2249

Kalau kau tanya aku macam mana life aku kat sini, aku tak tahu nak jawab macam mana.
Tbh, aku macam rasa biasa biasa je.
Or maybe macam takde rasa apa apa.
Kalau macam sekarang ni memang fatrah intiqol sakan lain.
Asalnya kami duduk sakan 5.
Aku dapat sakan 4.
Ngan sera , iman. Pfft..
Aku sejujurnya...kalau boleh nak dengan arab.
Nak dengan arab sangat sangat.
Aku ambil lughah kut.
Duk ngan melayu alahai...
Tapi depends gak, kalau dok ngan arab, tapi tak taamul ngan diorang, sama je macam tu, takde beza pun.
So sekarang kena berssyukur.
Ada hikmahnya kenapa dapat ngan diorang.
Tak semestinya kita akan dapat benda yang kita rasa terbaik untuk diri kita.
Sebab Allah lebih tahu apa ya g terbaik untuk kita.
Sounds cliche, rite?
But thats it.
Cliche tak cliche, kau kena redha jugak. Tu je.
Tbh, aku bukan jenis orang yang kasar.
Entahlah kalau orang nampak aku ni jenis yang kasar ke cemane, sampai diorang nak berkasar dengan aku.
Mungkin kasar bagi aku, lembut bagi dioranh.
Lembut bagi aku, kasar bagi diorang.
Manusia ni kan tak semuanya sama.
Tak boleh lah nak expect semua manusia fikir macam kau.

Oh ye, penggunaan aku-kau kat sini merujuk kepada diri aku sendiri. Sebab blog ni kesuluruhanentri nya memang sembang sembang aku ngan diri sendiri. Sebab aku malas nak sembang ngan orang lain. In case kalau ada orang terbaca, ni aku habaq awal awal.

Aku kalau boleh takmo lah ngan orang yang aku kenal.
Okaylah memang tak kenal sangat, tapi, entahlah, first impression aku buruk sangat kut.
Maaflah ye, kadang aku tak pandai nak husnuzhom ngan orang lain.
Note that, aku benci orang yang negative.

Seriously, aku tak suka.
Sebab aku sendiri negatif.
So macam mana nak wujudkan biah solehah kalau manusianya semua negatif.
Dan aku bertindak sebagai judger harini.
Hm.

Pandang dengan hikmah.
Entahlah, aku tak tahu nak buat apa.
Note that, aku suka membaca, and everything related to ilmu islam.

Aku suka aura positif yang aku dapat bila baca buku islamik.
Tapi aku gagal nak berakhlak dengan akhlak islam itu sendiri kadang kadang.
Feh. Useless, man.. useless..

Tak pandai masak -.-
Rasa macam nak belajar masak ngan orang cina je.
Haha.
Entah apa tah yang lawak.
Okay biarlah nak hiburkan hati sendiri.

Awak, be yourself.
Entahlah wei.
I dont know myself.
And that is my problem.
Menjejakkan kaki di bumi Jordan ni dengan harapan dapatlah mengenal diri sendiri. Kut.
Kenal diri, kenal Pencipta, aite?

Kena banyaak bersabar dengan perangai manusia yang bermacam ragam.
Kau takde hak nak judge diorang memacam.
Apa kau fikir kau tu perfect sangat ke sampai nak benci benci orang lain?
Kau ingat Allah redha ke dengan perangai kau yang ..ee ... nafsi nafsi macam ni.
Masalahnya kan..
Daripada bergaul dengan orang jahat lebih baik menyendiri.
Sukati kau lah kan kata orang jahat.
Kau tak tahu apa efek nya kat hidup aku, jangan masuk campur.
Tapi lebih baik bergaul dengan orang baik daripada menyendiri.
Jahat ngan baik kat sini boleh kira mana yang major.
Atas diri kau je yang nak atau tidak.
Kemon lah.

Tapi aku rasa lepas ni kena jadi lebih strict.
Lebih tegas dengan manusia ni.
Takdelah strict sangat.
Masalahnya kadang tu aku rasa aku ni baik sangat sampai orang mainkan aku, or orang anggap aku ni macam sesenang je, macam sampah kut rasanya.
Diorang siapa nak treat aku macam tu?
Ada masa tu kena lah pandai appreciate diri sendiri, as diri ni pun merupakan satu amanah buat kita.
Amanah dari Dia, yang sering kita ambil mudah.
Note that, aku bukan bahan mainan, aku memang stail serius, tak suka banyak sangat gurau unless aku tengah biol time tu.

Sabar aku ni ada had.
Ada masanya tu aku rasa kalau boleh nak ignore je semua orang yang ada.
Aku nak fokus kat hadaf aku.
Kakau boleh tu aku nak belajar je.
Aku peduli apa ada kawan ke tak, as bersahabat dengan manusia ni not as sweet as in cyber life.
So apa masalahnya pun aku nak lost dalam dunia aku sendiri.

Amaran : ini entri yang dikelilingi dengan api marak yang menyala selepas dicucuh dengan lighter.

Tak mati pun lah takde best friend.
Nampak macam dongeng sangat je semua ukhuwah fillah tu.
Lelagi dengan..
Entahlah, pakai kasut aku and you know how am i feeling right now.
Truth hurts, aint it?

Aku tak tahulah ini masalah aku ke masalah manusia lain yang tak faham bahasa.
Tapi seriuslah, aku memang tak pandai nak melawak.
Aku tak pandai nak communicate ngan orang.
Aku selalu ada masalah nak berinteraksi dengan orang lain.
Aku susah nak faham orang.
Aku terlalu cepat judge orang.
Okay, jelas sangat ni semua masalah aku, bukan masalah orang lain.
Okay fine.

Aku tak tahu nak beza orang serius ke bergurau.
Ada orang dia bergurau, tapi di sebalik gurauan dia tu, terselit something yang serius, yang dia cuba nak sampaikan, dalam erti kata lain, penyampaian dalam bentuk bersahaja, which means, ramai mudah terima dengan cara ni, sebab tak menyinggung hati sesiapa, rasanyalah.
Ada orang dia gaya serius manjang, walhal dia ada gak gurau, tapi orang pun tak perasan dia bergurau sebab stail dia serius sentiasa.

Tapi cuba fikir balik, Rasulullah letak had dalam bergurau, which is one of them is, tidak menyakiti hati memana pihak. Faham tak konsep tidak menyakiti tu? Maksudnya tak buat orang lain terasa. Gurau apa namanya kalau buat orang lain sampai terasa? Gurau yang keterlaluan. Yeah. Dan keterlaluan itu sungguh tidak baik as Islam ini agama wasatiyyah, dan Rasulullah adalah qudwah insan yang paling bersederhana kat muka bumi ni. So, nak bergurau tu boleh, tapi biar berpada. Gurau secara berhikmah? Lebih kurang lah.
Macam lawak pulak term tu.

Pastu nanti ada pulak yang kata, mana ada dia gurau over iver, kau tu yang sensitif sangat.
Heh. Itu lah aku cakap tadi. Gurau berhikmah. Tahap sensitiviti manusia ni berbeza. Contohnya, benda yang buat kita terasa, kekadang bagi orang lain biasa je.
Boleh jadi kita yang terlalu sensitif, dan mereka yang langsung tidak peka.
Ada juga perkara yang kadang tu, bagi kita biasa je, kita tengok orang lain pun macam okay je, hakikatnya kita yang kurang peka akan orang lain yang tahap sensitiviti kita ni ternyata berbeza.

Tak perasan ke ayat aku macam berbelit, susah nak faha? Sebab aku sendiri pun pening. Memang macam ni kut, kalau nak sedapkan hati sendiri. Erm.

First night Sakan 1, Mafraq.
20 Sept 2014.

No comments:

Post a Comment