Powered By Blogger

Monday 22 September 2014

Hue

Day first

Perjalanan mencari erti hidup baru bermula. Aku di sini tidak ingin menjadikan hidup aku sia sia. Apa ertinya hidup kalau masanya terbuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya? Tajdid niat. Doa seorang musafir makbul, maka berdoalah.

Arrived queen alia airport di amman, jordan. Bakal berpisah mengikut jamiah memasing. Mu'tah, mafraq, irbid, amman. Bon savior...

Tengah tunggu alya sebenarnya ni. Sebab luggage dia tak jumpa. Kalau dia bawa troli sekali time cari ngan ustaz, takde aku tersadai kat conveyor ni.

So, aku pun tak bercadang nak membuang masa kat sini. Aku sembang ngan diri aku sendiri. Haha. Nampak sangat alone. Not alone just lonely. Eh betul lah alone. Eh tak tak.

لا تحزن إن الله معنا.

Ada Dia, ada malaikat, even aku sorang tolibat kat sini. Luls..ayat penyedap hati.

Setelah sejam menunggu, luggage Alya masih belum ditemui. Aku hanya mampu menunggu di samping troli kami, berbekalkan doa agar Allah permudahkan urusan kami. Nothing greater than doa right now.

Okay then, dah dapat tau. Luggage Alya tertinggal kat Bangkok. Entah macam mana entah boleh sampai sana. Then, kami ikut syabab letak beg kat bas. Dah letak beg, baru lapor diri. Tetibe akak tu cakap, dah dekat setengah jam depa cari kami berdua. Aherher.. dia kata bukan salah kami, salah syabab tu tak inform kat akak tu. Hehe..buat muka tak bersalah lah. Apa lagi..

Naik bas, memang tak sedar apa apa. Tidur sepanjang perjalanan. Buka mata dah sampai sakan tholibat. Serious talk, akak akak tu semua baik. Baik sangat. Tiada unsur perli di sini okay? Ini pengakuan yang sangat jujur. Semoga Allah membalas jasa baik mereka. Tolong angkat beg, apa yang kitorang nak semua dia hantar ke bilik, tolong masakkan for 3 days. Baik giler kut.

Jet lag. Lol.

No comments:

Post a Comment