Powered By Blogger

Tuesday 18 November 2014

2334

Bismillah.
Lama rasanya tak melakar potret bisu ini.
Fuh muqaddimah -.-

Itu pun sebab tengah sakit hati, sebab tu mai sini,
Kadang datang idea, tapi time tu tengah study, nak solat lah, waktu peak hours semuanya, maka aku tak sempat nak draft isi.
Maafkan daku..

Aku tak suka orang arah arah aku buat kerja.
Aku rasa mereka tiada hak untuk memperlakukan aku sedemikian rupa.
Serius lah, aku rasa bukan aku sorang je yang macam tu kat dunia ni.
Something like...
Cha...basuh pinggan.

Cha...makanlah.

Cha..cepat buat itu.

Cha..cepat buat ni.

Cha..ambil itu.

Cha..ambil ini.

Andai tiada pada diriku secebis iman, dah lama aku layangkan pelempang sulung aku di bumi bertuah ni. Kau...

Aku tak suka orang buat benda yang aku tak suka, sebab aku takut nanti dia tak suka dengan reaksi aku bila dia buat macam tu kat aku. Faham?

Aku ni dah lah banyak pantang larangnya dalam berkawan.
Sebab tu aku berkawan dengan certain certain orang je.
Aku sangat memilih dalam berkawan.
Ya. Aku yang pilih.
Aku yang mencari kawan.
Klisenya, pertemuan itu Allah yang aturkan. Benar sekali, no doubt.

Jujurnya, kat sini, aku tak cari lagi orang untuk dijadikan kawan, dan aku tak nampak pun orang yang aku nak jadikan dia kawan aku, maybe sebab aku duduk dalam kelompok yang kecil, so pemikiran aku pun dah jadi sempit asyik jumpa orang yang sama. Bosan lebih tepat kut.

Tapi orang boleh pertikai siapalah aku ni nak berkawan dengan orang orang yang tertentu je, bajet gila, siapa kau?

Hm. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Sebab itu kawan aku, bukan kawan kau. Aku ada hak nak pilih walaupun aku belum 18 tahun lagi tau! Sebab kawan yang aku pilih ni, kawan yang Dia takdirkan aku untuk berjumpa dengannya ini, ialah insan insan yang bakal aku sayangi sepenuh hati.
Sungguh, aku sayang dengan sahabat sahabat aku.
Dan aku sangat memilih.
Selain daripada mereka, aku layan ala kadar je.
Ini cakap betul ni.

Even aku treat ala kadar, aku taknak benci diorang.
Aku sedar bab tu, takleh nak benci orang.
Menyampah tu sipi sipi je, bukan benci. Menyampah je.
Aku seboleh bolehnya taknak bermasam muka dengan orang.
Lelagi dengan orang yang aku selalu jumpa.
Sebab apa? Nanti serius life kau rasa macam neraka.
Selalu jumpa, tapi bermasam muka.
Buat apa?

Duduk sini, sabar aku banyak teruji.
Terpaksa ikut waqi' sini.
Nak tamayyuz tertamayyu'.
Memang musykilah kabirah.
Rasa nak nangis pun ada.

Salah satu remedy aku, study.
Bila study aku sampai terganggu dengan aktiviti diorang lagilah rasa macam, ya allah, aku salah buat pilihan ke pilih tempat ni?
Ha, kadang tu, sampai rasa macam tu.

Bayangkanlah, dah 2 bulan kat sini, kau jenis yang memain.
Semua benda nak dibuat main.
Satu hari, Allah titipkan kesedaran, nak berubah, nak jadi lebih baik, nak sebarkan aura positif kepada orang lain, berusaha nak positifkan inner side yang negatif, kau sedang berusaha, dan.....

Sheesh. Way too sheezzz.....

Ibaratnya tengah pegang obor yang marak nyalaan nya, lepas tu orang lain sengaja simbah simbah air sampai dah tak berapa nak marak dah obor tadi tu.

Aku tak suka orang yang tak faham bahasa.
Kadang aku dah bagitahu aku tak suka, lepas tu dia still buat lagi.
Kau dah kenapa?
Memang panas je lah dengan orang macam ni.
Nak bergurau tak kena tempat.
Lepas tu cakap aku serius sangat.
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Empangan ini..mohon jangan pecah lagi malam ni.
Aku nak study, aku nak baca buku.
Aku nak momen momen aku terisi dengan study, sementara aku masih lagi hidup sekarang ini.
Sebab mati itu boleh datang tiba tiba.
Dan kita takkan tahu bila tiba masanya.

Sedih aku dengan orang perangai macam ni.
Aku minta , tolong fahami aku.
Nak bergurau kasar dengan aku, aku terima lagi.
Tapi tolong jangan ganggu masa aku dengan buku.
Jangan ganggu masa study aku.
Jangan.
Tolong faham.

Aku rasa sebelum aku jumpa kawan yang bebetul kawan kat sini, buku je yang aku ada.
Kawan aku buku.
Buku kawan aku.

Sekarang dah pukul 10.30 malam.
Masa aku habis sebab nak uruskan perasaan aku yang dah tak terkawal ni semata mata.

Rugi tahu?



No comments:

Post a Comment