Wednesday, 25 May 2016

1108

Aku tak suka eye contact.

Waktu tu tengah meeting. Orang yang tengah bercakap dengan aku tu duduk sebaris dengan aku, so nak pandang dia kena alihkan badan sekali, aku malas nak buat, so aku tak pandang dia cakap. Dia, even duduk sebaris dengan aku, dia gerakkan badan toleh ke kiri nak pandang aku. Normal lah tu, biasanya kalau kita bercakap dengan orang tu memang kita akan menghadap dia. Tapi aku dalam posisi mendengar, salah ke kalau aku tak make eye contact dengan dia? Masalahnya benda yang dia bagitau tu benda penting yang aku perlu catit, habis tu aku kena toleh gerak badan hadap dia sambil mencatit? Aku malas. Aku taknak buat. So time meeting tu , rasalah satu atmosphere berat yang menunjukkan aku ni rude. Kisah pula aku kan.

Aku tak suka body contact.

Banyak situasi. Antaranya, lepas solat biasa mesti salam-salam, cipika cipiki. Pastu ada sorang ni jenis yang suka usap belakang orang, aku faham je itu menunjukkan rasa rapat dan sayang sesama sahabat, tapi mungkin sebab aku ni jenis yang overly sensitive so aku tak suka. Situasi lain, ada jenis manusia yang gedik-gedik, lembik-lembik, ngada-ngada, manja sikit yang suka sandar-sandar, rapat-rapat dengan orang tak kisah dia rapat ke tak. Masalahnya aku ni, dengan orang yang rapat sentuh aku pun aku tak suka. Pastu suara nak lembik-lembik macam nak kena tampar. Aku tak suka. Tak suka. Tak suka. Situasi lain, ada orang terlanggar bahu aku, pastu say sorry sambil sentuh bahu aku, automatically memang aku tepis tangan dia. Automatik, aku tak bermaksud nak jadi kurang ajar pun. Tapi mesti dia rasa macam tersentap sikit, terkejut. Pendek kata, aku tak suka orang sentuh aku.

Aku tak suka orang banyak tanya kat aku.

Banyak aspek. Pertama pasal pelajaran. Okay memang lah aku belajar bahasa arab, tapi kalau satu  perkataan pun nak tanya aku melampau lah. Kamus kan ada? Taknak kamus tebal, kamus online dah ada  dah sekarang. Bukan suruh pakai google translate. Bila suruh try cari kat internet dulu, kata "kita mana boleh percaya internet google semua ni." Pebende kau ni. Ada akal kan? etlis make la effort sikit untuk mencari, dah cari, tak faham atau nak konfemkan apa yang kau faham, barulah tanya orang. Atau pun awal-awal tanya tu sepatutnya "kat mana nak cari pasaa benda ni eh?" Kan bagus. Bukan budak sekolah lagi, dah masuk uni dah masalahnya. Aspek lain dekat hal peribadi. Aku tatau lah ini kira peribadi ke tak, tapi tanya soalan macam "pergi mana" "dengan siapa" "ada apa" "kenapa buat macam tu" aku malas nak jawab soalan sampah macam ni. Aku faham jelah kau ni caring apa semua, tapi entahlah, kat kepala aku fikir kau ni menyibuk dan annoying. Aku memang tak suka. Aku tak suka orang tanya, kalau aku rasa nak bagitau, aku jumpa sendiri aku bagitau. Kalau aku tak bagitau, tak payah sibuk-sibuk nak tanya la. Semak.

Aku tak suka orang banyak cakap.

Maaf lah. Kalau nak cari teman bersembang, bukan aku orangnya. Lagi-lagi benda pelik-pelik yang bukan minat aku. Aku malas nak dengar, malas nak jadi baik buat-buat dengar pastu bagi respon konon-konon kau dengar dan ambil kisah. Tak tahulah aku ni noob ke geek ke apa, tapi kalau benda tu aku rasa boleh dapat benefit bila dengar, aku on je. Ni nak sembang acah-acah korek rahsia aku. Berita pelik-pelik dalam fb. Lawak-lawak hambar. Plislah. Main jauh-jauh. Mungkin ramai lagi oraag nak dengar, tapi bukan aku. Mesti aku nampak macam serius? Entahlah. Aku memang tak pandai nak bergurau. Lagi satu kalau ada slot tazkirah dalam meeting, itu pun aku malas nak dengar. Ataupun ucapan dalam majlis, benda-venda introduction yang mungkin bagi orang lain refreshing dan menceriakan, it doesn't work on me.

Aku tak suka bercakap.

Tak suka dengar orang cakap satu hal. Pastu tak suka bercakap. Bukan bagi silent treatment, masalahnya takde benda nak cakap dan memang not in mood nak kata apa-apa. Even satu bilik pun, boleh jadi dia lah orang yang paling aku tak banyak bercakap dan aku langsung tak tengok muka. Bukan sebab aku disgusted ke apa, takde apa-apa sebab. Salah ke nak diam? Diam pun orang nak kecoh, entah papelah.

Kesimpulannya apa eh, aku ni seorang yang quiet, reserved, overly sensitive? Taktahulah. Rasa macam dalam tempoh nak kenal diri sendiri, dan tak sangka lama dan memenatkan perjalanan ni. 16personalities quiz tu dah berapa kali buat. Kelakar je. First time buat dapat INFJ. Start daripada tahun ni dapat ISTP. Aku tatau part mana yang boleh panggil aku ni Virtuoso. Bukan aku percaya sangat. Entah. Asalnya percaya sangat, tapi sekarang dah macam tak nak percaya langsung sebab ada lah certain someone ni cakap something yang buat aku taknak tahu dah pasal introvert and such.

Different, doesn't mean you're a weird person.

1 comment:

  1. aww I totally get you :)
    just live your life the way you see fit and dont mind the others, because the people that matter will matter and the people that don't won't :)

    ReplyDelete