Powered By Blogger

Wednesday 29 October 2014

0732

Memang luar alam, pagi pagi sebelum pergi kelas, tengah blogging. Ahah.
Tadi Allah gerakkan hati nak baca blog teme, entitled Pengorbanan.

Okay pengorbanan.
Makin sukar pengorbanan kita, makin tinggi nilainya.

Susah nak korbankan benda atau orang yang kita sayang, bila kita abaikan suatu perkara.

Hak Allah ke atas kita.

Okay, aku bagi contoh. No offense eh?

Kita sayang orang sana. Nak dijadikan cerita, orang sana pun mempunyai perasaan yang sama. Maka, kita pun contact antara satu sama lain dengan suka ria, tanpa memikirkan apa apa kesannya pada hati, studies, dan life kita. Contact private private, tak main lah nak dating kat taman kepe. Malu orang lain nampak, tapi Dia nampak, kita masih boleh watlek watpis. Maka ceritanya berlarutan sehingga kita dah mula disapa hidayah, dah berkenalan inche dakwah dan tarbiyah. Dah mula faham tentang hal ikhtilat. Mulai sedar kesan zina ini kepada hati. Mulai merasai kesannya terhadap dakwah dan tarbiyah yang kita bawa. Sedikit sebanyak konsenterasi terganggu sampai studies pun terjejas. Life mula serabut. Tersepit sebab masih sayang dengan orang sana, dalam masa yang sama tahu perkara tu tak kena. Ukhti itu suruh jaga ikhtilat. Sis yang ni pesan selalu jaga hati. Akak yang itu pula suruh tinggalkan jahiliyah. Kita masih lagi tak tahu nak buat apa dengan orang sana. Orang sana pun dah pelik kenapa dengan kita ni, nampak lain semacam. Kita masih lagi tak tahu nak explain. Macam takde pendirian. Apa guna ada pendirian, tapi tak tertegak? Ada prinsip tapi tak follow the rule?

Pengorbanan.
Tadhhiyyah.
Sacrifice.

Kita takde pilihan lain.
Kita tetapkan dalam hati, tinggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Bukankah segala sesuatu itu datangnya dari Allah?
Jika Allah mengatakan sesuatu itu tidak baik bagi kamu, bukankah bermakna Dia sudah menyediakan yang terbaik untuk kita?
Tidakkah kamu mengetahui?

Pengorbanan kita takkan pernah terjadi sia sia.
Mustahil setiap apa yang berlaku itu tiada hikmahnya.

................

Mie, aku dah tekad, aku takkan fikir lagi.

Okay. Baguslah macam tu. Sampai bila lagi kan?

Its the matter of time. Time to move on.

Heh. Yang tu bukan ke....

Aku ambik yang tu je.

Hard aint it, Char?

To the most. Moga ada nilainya di sisi Tuhan.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment