Powered By Blogger

Tuesday 21 October 2014

Yang tersimpan.

Uhibbukifillah.
Ana.
21102014.

Aku tak berani.
Nak ungkap lafaz tu.
Sayang aku dekat kesayangan aku,
Tak termampu untuk aku ungkapkan.
Aku pun tak pasti kenapa.
Entah wujud entah tidak.
Tapi jauh di sudut hati,
Aku kata, ya, wujud.

Mungkin tak semua kata perlu diungkap.
Tak semua cerita perlu diberitahu.
Tak semua perkara perlu tahu.

Sayang kita, biar kita dan Dia sahaja yang tahu.
Sayang jangan hanya tinggal di bibir.
Kalau sayang kena buktikan.

Jangan campak ke neraka.
Bersama ke syurga.
Berusaha menjadikan kubur tu seluas yang mungkin.
Jadikan dunia ni syurga kita.
Walaupun kita tak mampu nak berseronok dengan segala mehnah yang melanda.
Tentu faham kan syurga yang aku maksudkan?
Ye. Mengimpikan sahabat sahabat yang rasa cool beribadah daripada buat perkara lagho.
Tiada yang lebih nikmat selain daripada halawatul iman.
Macam mana nak dapat kemanisan iman tu?

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
(HR. Muslim)

No comments:

Post a Comment