Powered By Blogger

Sunday 12 October 2014

2222

Mie, lama tak sembang.

Agak lah. Kau sihat?

Alhamdulillah.

Dia macam ni tau, kalau jawab alhamdulillah tu biasanya ada yang kau sorok dari aku. Haa..

Aih. Camane kau tahu ni? Haha.

Eleh, memang aku baru kenal kau tadi. Memang..

Kesihatan tu macam biasalah, pening pening, mual mual, maybe tak biasa lagi kut dengan persekitaran even dah dekat sebulan duduk sini. Insyaallah lama lama okay. Doakan aku.

Kau jangan buat perangai lama, Char. Kat sana takde orang nak jaga kau. Sakit ke apa kalau kau pendam bukan orang tahu, bukan diorang nak tolong kepe.

Kalau bagitahu pun, takde orang nak tolong. Nak buat macam mana.

Takpe, aku kan ada? Kalau ada apa apa, bagitahu jelah kat aku.

Kalau aku pening, kau nak mai sini ke , tolong picit kepala?

Aku beli tiket on the spot. Serius. Haha.

Ha tengok tu, serius, pahtu gelak. Tak baik.

Alah, yelah. I'll leave you in care of Him. Aku yakin Dia selalu jaga kau. Maaflah kalau aku tak selalu ada untuk kau.

Tak payah lah nak feeling sangat kan.....

Heh.

Perit juga kan hidup sendiri?

Siapa suruh hidup sendiri? Siapa suruh nafsi nafsi?

Bukan. Kau macam tak kenal aku. Mana betah nak bergaul dengan orang lain. Siapa lah nak berkawan dengan orang yang pendiam, blur, skema, bosan dan krik krik macam aku ni..

Habis takkan kau nak ubah diri kau supaya diorang berkawan dengan kau?

Tak juga. Kalau diorang berkawan dengan aku sebab aku berubah jadi apa yang diorang suka, tak ke diorang hampa bila tahu perangai sebenar aku?

Kau ni kisah sangat pasal orang hampa ke tak hampa dengan kau..

Itulah, dah takde orang nak kisah pasal aku, nak buat macam mana.

Amboi, aku ni apa?

Kau lain lah. Special and limited edition. Hamba Allah terpilih gituh. Haha..

Cari sahabat yang sayang kau kerana Dia.

Means?

Yelah, bila dia sayang kau lillahi taala, dia takkan perlu sebab lain kenapa dia nak bersahabat dengan kau. Tak kisahlah nanti kau dah berubah jadi lebih baik ke lebih nakal ke, dia takkan pernah tinggalkan kau.

Bunyi macam impossible nak jumpa orang macam tu. Wujudkah?

Eh wujudlah. Aku? K gurau. Lebihkan menjadi daripada mencari. Nakkan sahabat yang bersahabat dengan kita lillahi taala, kita yang kena buat first move bersahabat dengan mereka lillahi taala.

Mie, aku tak confident lah. Hm. Dahlah sorang kat sini. Boleh futur kalau fikir bab ni je.

Siapa lagi yang nak yakinkan kita kalau bukan diri kita sendiri?

Aku nak kau yang yakinkan aku..

Char, kau tak pernah sendiri. Dia selalu ada. Recheck hubungan dengan Dia balik. Mesti ada something wrong somewhere kalau kau cari selain Dia.

Mie..aku tak tahu nak cakap apa. Kau membebel senanglah. Hm. Sedih aku.

Ni lemah lemah ni kenapa. Alaaa...aku pula yang lemah bila dengar.

Takpelah. Insyaallah kheir..

No comments:

Post a Comment